Friday, September 26, 2008

SALAM LEBARAN

Sebelum bercuti panjang dan dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada semua kawan-kawan dan juga blogger2 yang ku kenali
(Aku akan mula bercuti 29.9.2008 - 5.10.2008)

Wednesday, September 24, 2008

KUIH SEMPERIT

To aunty Eera, sedap la kuih aunty, heheheh


Semalam baru dapat dari dak Eera. Thanks sbb sudi menghanto yerk.

Sebelum ni susah nk cari yg betul2 pior sedap. Paling sedap aku penah makan, mak kpd member (ayu) aku buat. Sedap woo.

Dan yg Eera punya plak, mlm tadi aku test. LULUS! Sedap banget. Anak2 aku pun join makan jugakkkkkk. Hasilnya tinggal separuh jerk. Pastu sorok cepat2 kang habis plak ekekekekeke. Nasib baik aku order lebih.

So utk tahun depan harus aku akan mengorder dengan lebih bnyak lagik. Giler tamak!

SEBELUM BERCUTI PANJANG




Katanya kan. So apalagi operasi mengemas my workstation!

Puas hati tingok tempat dh clear. Klu u olls perasan sebelum ni meja aku

penuh ngan barang2 hiasan bagai, so kali ni sumer dh kasi bungkus

maklum la opis aku skang ni tengah giat dgn program 5S

jadi sumer kena ikut peraturan yg ditetapkan

Tinggal kertas2 dan fail2 dlm kabinet je tk settle lagi
(yu, barang2 da*in tu bnyak benar la, mana nk aku humban kan heheheheh)

HAMPER LAGIK



Ohhh, kenduri hamper lagi. Yg aku punya (ada dlm entry sblm ni) dh buka, bnyk kuih2, jus dan biskut2. Sedap tau kuih2 sumer tu.


Yang ini my bos punya. Di tkmo so kasi aku. Tapi aku dh sedekahkan pada staf2 yag ada kat sini. Jadi la sorang sikit merasa. Hamper yg ni bnyak sweets dan coklat2. Sumer dari brand mark and spencer. Suka memasing dpt bahagian2 diaorang heheheheh

ABANG MENANGIS




Sebab apa abg menangis?.. bukan kena marah tapiiiiiiiiii


ni la satu2 nya pangai abg yg aku pun tk tau caner nk wat


dia kan, fobia dengan bunyi semburan nyamuk aedes aka fogging


adik relax, cool je, dia nyorok belakang pintu blk air wakakaka


abg siap menangis peluk2 aku, pastu banyak tanya, dlm menangis tu sempat dia bercakap ntah apa2.. hehehehe


fogging ni mmg weekly dia akan buat setiap umah,


minggu lepas smpai masuk dlm umah, penuh satu umah asap


huuhuhuuh, so klu ada notis kata nk buat fogging tu siap sedia la, tadah telinga, sure melalak melolong punya la
(klu bab ultraman, power rangers dsb nya kemain dak abang, berlawan la, tp bila bab ni jadi penakut, hehehehe - ampon ye bang terngumpat plak )

Wednesday, September 17, 2008

HAMPER HARI RAYA

Semalam lepas rehat tengahari, masuk2 bilik tingok dapat ni. Mak sukak! Anyway thanks pada yang memberi. Ingatkan bos aku yg punya sbb besar ok. Tk buka pun lagi. Nanti2 lah kenduri.

RAMADHAN 16



Malam semalam aku msak menu ni untuk berbuka. Sebelum tu terasa nk makan masak lemak putih bayam. Pastu tambah dgn ikan bilis with petai, mulanya nk wat sambal ikan bilis basah tp dh ada sayur bayam tu tk kena la plak kan. Tu je menu berbuka aku plus ngan kuih sikit. Berbuka sorang je. So ringkas la lauknya. Tapi bila mkan tu sayur bayam tu tk bleh blah la, sbb apa, dia bersantan. Lemak2 gitu kan. Patutnya rebus je pun dh ok. huhuhuhuh

KELUAR JALAN-JALAN

Jumaat lepas yang aku sakit penin tu, petang tu aku balik berehat di rumah. Dengan puasa aku pun 'selamat'. Tak tahan lorr dh kuarkan sumer still nk muntah lagi. Badan pun hampir2 nk demam. Hari Sabtu baru ok sikit.

Citer pasal hari ahad. Sepanjang bulan puasa ni kitaorang tk penah lg makan kt luar lagi. So petang ahad kuar p cari kasut abang dan adik di JJ. Pusing2 benda nya tk de yang bekenan. Layan main game je la. Pastu dh masuk waktu terus berbuka kat KFC. Teringin nk makan. Dan klu mkn kat luar time2 puasa ni, bila nk berbuka masing2 cam was2 je nk minum, takut dh masuk waktu ke belum hehehehe.. dia pandang dia. kelakar. Ok layan je la gegambaran di bawah ini.
Siap karaoke lagi u olls. Aku di sebelah jd pengkritik hehehe
Macam ye ye je main, padahal nan adoo



Friday, September 12, 2008

ADUHAIII

Harini aku lembik sikit. Tekak rasa tk sedap. Loya ler. Kepala pun berat. oh apakah?.. Emmm keadaan ini biasa berlaku kat aku di bulan puasa. Tapi sepanjang 11 hari berpuasa, ni la pertama kali loya tu datang. Rasa nk baring je.
Aku sebenarnya jenis penakut nk muntah. Sebelum muntah mesti nangis dulu. Sila percaya ye. Sejak azali mmg begitu. So selagi boleh tahan akan ku tahan.
Dah dah, i nk berehat kejap. Eii tk suka.. loya cepat la ko hilang!

Thursday, September 11, 2008

CUTI HARI RAYA

You alls dh amik ke cuti raya. Haruslah sudah kan. Aku masih berfikir2 lagi nk amik cuti bila.
Nampaknya aku kena bincang arr ngan my bos. Klu dia ok, aku proceed je la cuti yang aku pikir nk di ambil tu. Extually tk kisah pun aku nk cuti bila as long ada je pengganti tempat aku ni. Ermmmmm .. my bos cuti 2 hari je uolls. Beraya di sini katanya. Dalam dilema hehehe

RAMADAN 10

Semalam aku buat masak rendang ayam. Cubaan ke 2 aku wat rendang ni. Try ikut recipe kat recipesforkeeps.blogspot.com. And guess what. Menjadi ok.. walau pun buat di bulan poser (sbb nk amik test rasa gula garam tu, kang masin plak) ikut betul2 sukatan dia and yes jadi jugak rendang itu. Lantak la korang nk kata ku ketinggalan ke hapa, janji aku masak sedap. Yang penting laki aku kata lulus *clap2* . Adik makan bertmbah2. Suka tingok. Aku eksaited bukan apa, pasni buleh la aku wat selalu sbb sebelum ni sejak aku bini orang ni sekali je aku masak rendang. Tu pun caranya agak complicated sikit. Yang ni sgt senang.

Rendang yang ni kasi jiran sebelah rasa sikit

Ok stop citer pasal rendang. Semalam ni juadah berbuka puasa kitaorang. Lenlain tu beli saje. Gamba tk berapa nk terang/cantik. Kamera aku tk berapa nk elok. Ni pakai kamera phone jerk. Janji ado.

Dan untuk sahur, mulanya aku ingat nk sahur seawal jam 11.00 mlm. Makan meehon sup yg dibeli kat bazaar ramadhan ptg tu. Sekali basi. eiii, pastu letak plak tulang lembu seketul, aku cuit rasa sikit, ayarkk ni bape hari punya tulang ni ... mmg ntah apa2.

Sudahnya aku bersahur ni je. Alhamdullih, kenyang juga.


Wednesday, September 10, 2008

BERBUKA DI KG

Semalam berbuka kat umah kakak ipar aku. Sebelum tu singgah bazaar ramadhan. Beli ikan pari bakar. Sebenarnya teringin nk mkn ikan terubuk bakar, tapi tkde *sob sob*:(.. tkpe la janji ado bakar jugak kan kan kan
On the way balik kg adik sibuk suh pasang lagu raya. haihhhhhh, terasa2 semakin dekat je nak raya ..
Sesekali makan orang masak ni berselera makan. Kakak ipar aku masak dalam 2,3 jenis lauk lain2 aku tambah beli kat bazaar tadi.
Sebelum berbuka, ha ko berburak smpai tk sedar dh masuk waktu berbuka. Bertempiaran memasing amik tempat hahahah.
Tu pun sekejap je kami kat kg. Lepas makan, pastu jam 8.30 pulang sbb si dia nk masuk keje malam.
Sahur tadi aku buat nasi goreng. Btw anak2 aku ada kat umah sbb abang, semalam smpai esok cuti tk pegi sekolah.

Monday, September 08, 2008

MENU BERBUKA

Tadi sesi melawat blog2 yang aku jengah dan baru jengah. Wah macam2 lauk utk berbuka puasa. Meriah.
Balik ni nk masak apa ek.. think.. think..
Rasanya sambal ikan bolos cili api + rebus suun, kentang dan telur. Klu rajin wat sambal belacan. Ermm mula tadi ingat nk masak rendang ayam. Tapi bahan tk mencukupi pulak. So postponed.

BERBUKA PUASA

Sabtu lepas aku pulang ke kg, berbuka ngan parents dan adik badik aku. Meriah!. Tapi sorry ye kengkawan, aku tk amik gamba la. So utk entry ni mmg tkde bergamba.
Paling best masa berbuka la. Macam2 lauk. Mak aku masak lemak cili api ikan tenggiri ngan rebung. Wallah... bertambah aku makan.. matikkla cmnih, makin naik badan, pastu ada smbal ikan bilis, kerabu pegaga. Sebelum tu wajib la ke param. Beli kuih muih sikit. Dalam beli2 tu nasib baik tersedar, kat umah pagi tu aku dh siapkan puding cocktail ngan adik aku dh wat biskut batik sikit. Kalau tak macam2 nk beli.
Kesimpulannya mmg best ler berbuka di kampung. Pasni giliran berbuka kat kg laki aku plak. plan makan luar jerk. Sebab adik badik dia tk ramai.

LAMBATTTT

Aku mulakan entry pagi ni dengan citer pagi ni. Hari ni hari lambat sedunia. Dah ler aku tk bangun sahur (klu hubby ada aku bangunler), bangun pun lambat. Dah kunci jam tp tutup balik. Memang tauuu. Opss tapi aku puasa ye, niat mmg dh baca awal2, huhuhuhu kelam kelibut. Mana nk panaskan lauk utk anak2 aku lagi. huk huk.
Pastu, klu dh ada bersebab tu, sepanjang hari/masa ada la yg tk kena. Sampai hantar abang pegi skolah pun lambat. Mana tk lambat, menonong2 turun bawah tk bawak beg skolah. Pastu naik balik amik bag. Mulanya ayah dia nk hantar lepas balik keje pagi kan, dah tu lepas aku amik beg, berselisih ngan dia kat lif, sakit perutnya katanya. Aku la yang kena hantar abang. Dialah murid terakhir masuk dlm skolah tu aku rasa. hahahah lengang ok skolah dia. Mmg dh tkde umat manusia lg.
Pastu smpai skolah adik, lupa bawa buku kerja rumah dia. Adik dh cebik2 muka, suh aku balik amik buku. eiiiii tk dapek do. Aku inform je cikgu dia kata buku lupa bawa, esok aku kasi.
Dan smpai ofis, biasala merah ler kali ni. Tkpe baru sekali jerkkkkkkkkkk. Sekian.

Wednesday, September 03, 2008

3 SEPTEMBER 2000

Today, our 8th anniversary, nothing special, no celebrating, yang penting saling
mengingati tarikh ini. Lain-lain tu nanti dulu (hadiah etc.) Yang penting si dia
membuatkan ku gembira & tersenyum sepanjang hari.

Tuesday, September 02, 2008

JALAN-JALAN LAGI














Sabtu, bawa anak2 aku pegi jalan2 + beli barang sikit. Lagi pun mmg ada tujuan selain bosan, kuar la jalan2. Lgpun lakiku tkde keje.


Seharian ok bawa budak2 ni. Banyak kejadian2 haru biru telah berlaku. Tapi masih buleh dikawal heheheheh.

Pusingan pertama, pagi bawa ke tengahari, ok je sbb jalan2 kat departmen yg diorang suka kan. Banyak la toys la, buku la, stationaries la.


Pusingan kedua, tengahari bawa ke petang, huhuhuh, ni yang sadis sikit. Part beli barang2 dapur. Last minit lakiku call suh je beli dulu dah alang2 aku kuar, nk tunggu dia lambat plak nanti nk tunggu cuti kan, so beli la jugak. Time tu la ngan adik nk tido bagai. Ha tido dalam troli tu. Kesian ko, mana nk letak barang, himpit2 la jugak, terpaksa. Pastu kan, tengah ronda2 dlm tu amik2 barang, sekali ada bunyi benda jatuh, banyak jugak. Sekali pusing tingok, timbunan beras ngan minyak habis jatuh atas lantai. Arggg abang la ni, td dia duduk kat beras2 tu. Semua tingok, pastu aku panggil abang jalan cam biasa ngan aku, tp dia p plak hongeh2 ngangkat beras2 tu sumer. hahahahah tau takut, aku suh tingglkan aje, nanti biar diorang kemas. Pastu terus jadi baik ngikut je mana aku pegi.


Pastu nk jadi citer plak 3 kali aku kuar masuk dlm tempat barang2 tu. hahahaha, sebab apa, takut duit tak cukup, nk amik kat atm, orang beratur panjang, last minit la ni laki aku suh beli dulu, padahal duit dh banyak labur ke tempat lain. Nasib baik ada gadis yang jaga barang2 tu sudi tingok2 kan anak aku sedang tido dlm troli, dlm timbunan barang2. hahaha dulik la orang tingok ke hapa, janji aku tk malu kat chasier nanti sbb duit tk cukup. Sekian.

LANGSIR

Jumaat lepas aku ke sini utk membeli langsir. Pilih dan terus tempah, senang. Tak payah nk pening2 kepala. Last minit punya decision.


Nanti dh siap aku letak gamba tu kat sini okes. Pestime tempah di sini. Tau tau la caner ok ke tak. Hasilnya tunggu la dalam 2 minggu lagi.

Habis masa 2 jam jugak aku kat sini. Pilih kain punya pasal + pilih design caner. Asal aku terpandang langsir display kat situ, terus bekenan. Simple but nice (pada mata aku lor).
Tima kasih la kat kawan aku ayu (beb, ko nya ukuran langsir tu nasib baik aku simpan, sgt2 berguna, walaupun tulisan dh agak pudar, ahaks).

Seriusnya muka seorang pembayar ekekekek.