Thursday, July 31, 2008

ARINI PUNYA CERITA

Wah arini semangat sikit bekerja. Pagi-pagi dh start siapkan keje-keje yang ada.
Btw harini start ganti poser. Pagi tadi tk sempat sahur, baca niat jer. Jadi la, niat yang penting hehehehe. Harini sepatutnya pakai batik tp aku pakai skirt la plak. Saje jimat baju batik. Time bos ada baru pakai hiks. Tapi kan tapiiii .. kemeja yang aku pakai arini terasa sendat la. Apakah?.. eii badan dh naik yang amat .. caner ni ...aduss .. budak-budak ofis pun ramai komplen badan ku dh naik ... eiii tk sukaaaaa .. kena diet ni! Mesti!

Wednesday, July 30, 2008

LALALALALALA

Panas tol kat luar tu. Lari jap tadi p Tabung Haji. Update buku. Pastu terus shoot p umah my bos antakan paper. Dia tkde ni kena la hantarkan. Wah rajin sungguh kan. Keji.. puji diri sendrik.. hehehehehe.
Arini semangat bekerja ada kurengggg sikit. Tapi buat la jugak (ada keje ke?) ekekekeke... Surat- surat ada sikit lagi nk rekod, pastu cek my bos punya email, done!

CUTI CUTI

Cek kat admin balance my cuti. Alahaiii punya la syok asyik cuti-cuti sajork, tingok smalam dah tinggal 8 hari jerkkkk. Baru plan nak cuti bulan 8 ni sebab school holiday. Adussss ... tahun ni la rasa nya paling banyak amik cuti, mc ada sekali kot.
Pasni kena rancang cuti la cik ina oii. Lambat lagi nk hujung tahun. Raya pun dh hampir tiba. Erk .. huuuhuhuuhuh

Tuesday, July 29, 2008

ADIK YANG SENTAP



Weekend arituh bawa anakku jalan-jalan soping barang diorang sikit. Tapi tak snap gamba la plak. Tengah ramai-ramai camtuh malas la nk amik gamba. Pegi pun dah petang sikit. Adik la ni sibuk nk jalan. Bawa la, sbb ayahnya keje kan. Kesian la plak.
Nak citer pasal puzzle yang diaorang ni beli. Abang beli yang ultraman, adik hello kitty. Abang punya dah siap susun elok. Yang adik dia punya tak siap2. Pastu kaco abangnya plak. Habis di kiraikan balik puzzle tu. Marah la abangnya hehehe. Penat tau nk susun balik. Dia plak sentap, muncung bagai kena marah ngan ibu. Gitu la diorang ni. Kalau tak adik kacau abang, abang kacau adik. Huhuhuhuhu

SHOPPING TIME

Semalam cuti lagiks. Soping time! Keluar pagi-pagi lepas hantar abang ngan adik pergi skool. Aman dan tenteram klu kuar soping time2 gini. Orang pun tak ramai lagi.

Antara barang-barang yang di sopingkan hiks! Antara wishlist yang dh tertunai.

Friday, July 25, 2008

ANAK SAPA LA TU





Kesian nya abang. Ada satu ketika kalau dia dh penat sangat, balik dari sekolah petang, camnilah. Tido tk kira time atau tempat.
Waktu ni ayahnya baru amik dia balik sekolah KAFA. Aku balik dari keje memang dia dah tertido kat situ. Cek-cek kat tepi dia duduk tu ada plastik kuih. Rupanya baru pas makan kuih donut, kekenyangan terus tertido. Alahaiii kesiannya.

*SO SO BORING*

Huargghh busannya. Takde bos salah, ada pun salah. ekekekeke. Bosan ok. Big Bos pegi kursus 2 minggu. Sumer keje-keje sudah di bereskan sebelum dia berkursus. So here am i, doing nothing hehehehe.
Malam tadi shoot balik kg jap amik durian. Arini mak nk datang ngan adik badik sumer. Meriah! Plan nk bawa mana diaorang ni ek. Oh ya, esok ada makan-makan buah kat Taman Warisan. Makan sebanyak mana yang kamu nak. Errr tapi tak pegi kot. Buah-buahan yang sediada ni pun tk termakan.
Plan esok juga nk melawat my friend yang baru melahirkan bb girl. Mesti comey. Tapi belum beli present. Any idea?

Wednesday, July 23, 2008

HER SCHOOLMATE


Amboi nak meronda mana tu girl's...

BATIK


Katanya wajibkan, haruslah tiap-tiap bulan atau 2 bulan sekali kena ada koleksi batik. Yang ni baru beli bulan lepas dalam proses tempahan. Kalau berjaya menahan diri, baju ni wat stok untuk raya, klu tk, pakai wat pegi keje le jawabnya.

HOT HOT

Wah..tajukk...Lunch tadi balik amik abang. Rutin biasa. Tapi yang tk tahan, panas ler. Kadang-kadang sampai sakit tengkuk di buatnya.
Ok nk cerita pasal lunch tadi ngan abang. Saje utk arini aku beli 2 nasi lauk berlainan. Selalu aku beli satu share ngan dia. Then tadi, lepas balik skool, tukar baju KAFA siap2, makan. Suh dia makan sendiri. Sebelum ni dia makan bersuap. Berbeza ngan adik makan sendiri. Kalau suruh dia makan sendiri mmg lambat ler. Tapi tadi elok je makan berdua sambil nyembang2. Habis ko dia makan. Soka!..hhihihihi besar dh anak ibu leh wat borak2, gosip2 ekekekeke.

HARINI DAN SEMALAM

Settle keje-keje yang ada. Tetiba datang plak angin rajin ni u. Kemas pulak workstation. Gamba nanti i letak ye sbb kamera bateri dh kong.
Semalam bawa abang pergi hospital. Last check up. Bapak lamanya tunggu. Hazab betul. Tunggu sampai 1.30 pm klu tk naik nombor, blah je la malas nk tunggu. Syafiq pun dh menggelisah jerk. Busan ok. Elok je nk angkat kaki naik plak nombor kan. Masuk la bilik doktor tu. Sebelum tu doktor mintak maaf dulu sbb lama nk panggil masuk, ramai orang. eiiii tunggu punya lama, check tk sampai 3 minit pun. egegegeg.. pastu lunch terus masuk opis. Tak anta abang p KAFA pun. Dh lambat. Dia apa lagi menjerit keriangan ler.
Arini duk dendiam kat opis. ekekeeke. Mentang-mentang la kan. Tapi klu saya nk pegi memana keje harus disiapkan dulu. Tak la nanti menyusahkan orang yang gantikan tempat i ni. Ok will update later. Tak de gamba, tk best plak nk story2. Daaaaaaaa

Monday, July 21, 2008

~JOM MENARI~

Kawan-kawan, ni lah hobi dia kat umah. Jom-jom kita menari!

JOM PEGI PLAYGROUND



Petang-petang tkde wat pe dan dengan penuh kerajinan bawa budak-budak pergi playground. Sebelum tu sibuk nak pegi mandi kolam, tapi abang still batuk + selsema, so decided pegi playground je. Lama dah tak pegi sini sejak abang patah tangan dulu. Kami bertiga je. Lakiku kerja. Tak lama mana pun jalan-jalan hirup udara pastu layan diorang main. Jam 7.00 pulang kita.

MAIN BEDAK YE


Buat apa tu dik! Kamu main bedak ye. Inilah keje dia dalam bilik ngan abang. Patutla tk kuar-kuar terperap je dalam tu. Rupanya ada keje. Penuh satu bilik ngan bedak. Dengan kat lantainya berterabur bagai. Adik melumur bedak kat rambut abangnya, dia plak bleh diam jerkkkk. Geram betul. Ha apa lagi peluru berpandu la kan. (Sila abaikan dinding yang berconteng2 itu hiks)

Sesi berdamai setelah kena leterrrrrrrrrr.

ANAKKU TERTINGGAL

Hari Jumaat tempohari dalam sejarah sepanjang aku bekerja di sini dan tak penah sekali pun ako terlupa setiap kali lepas punch card terus amik adik. Tapi dihari kejadian memang benar-benar berlaku. Boleh ako drive terus keluar dari ofis menonong je.
Mujurlah dah sampai kat depan guard house, terpandang member aku sedang menaiki motosikal dengan anaknya. Jam2 tu jugak terus ako tak tentu arah .. alamakkk anak ako tertinggal. Patutla rasa lain je sebab senyap je kan. Terus wat u turn. Nasib baik la sempat sedo, buatnya dah sampai umah. Lagi haru. ekekekekek. Anyway thank u my prenk, klu tk kerana dia yang menyelamatkan keadaan. Nak cepat punya pasal terus jadi lambat.

PAGI TADI ...

Pagi tadi on the way pergi keje.. dengar dlm berita kat radio.. sorang budak 4 tahun mati terjatuh dari apartmen tingkat 13 di Putrajaya. Dalam hati berkata2 anak siapa la kesiannya. 4 tahun dh temui ajal cmtuh.
Sampai-sampai kat ofis budak-budak sumer tengah bercerita kejadian itu. Dan tahu kisah sebenarnya, budak tu merupakan anak buah teman sepejabat. Semoga kak ida sabar dan tabah ya. Dia pun tk sihat sebenarnya dan arwah datang ke situ dengan neneknya utk melawat kak ida yang tk sihat itulah.
Semoga roh nya dicucuri rahmat di sana. Amin.

Thursday, July 17, 2008

TADIKA

Pegi skoll tadika pun sempat touch up ok. Sikat itu letak dalam poket. Dalam kelas nanti adik nk sikat rambut lagi. Gasak ko la dik!


Bye bye adik ... belajar rajin-rajin ya!

MINUM PETANG

Semalam beli rojak kat satu kedai ni. Nampak cam menarik. Jadinya utk budak2 belikan roti john. Dah bayar, pegi kedai rojak plak. Agak2 utk sorang makan je la pun. Skali bila bayar 8.00 hinggit koo. Ako amik just telur, paru 2, sosej 1, tahu 1 ngan fishball. Tu baru sorang makan. huhuhuh mmg mahal.. Tauke kedai pun sebelum ako bayar siap cakap makan rojak mmg mahal. Erk.. rojak bukan murah ke. Ciput je kan cam tk berbaloi.

ABANG VS TIDO

Tak tau letak tajuk apa .. belasah je la ek.. nk citer sikit sbb lately ni abang suka sgt tdo awal.. ni semenjak 2 menjak dia kena selsema.. asal lepas maghrib, abis menyusu jer dia tido..
Tak sempat nk suap makan bagai.


Malam smalam warning dia jgn tido dulu, makan.. tu pun liat je nk bangun suh makan. Kol 8.30 malam dh masuk tdo. Tp senang sikit sbb pagi dia tkdela susah nk bangun.
Semenjak masuk sekolah rendah ni senang + cepat la dia tido malam. Kalau dulu masa umur 5-6 tahun sgt la susah suh masuk tido. Letih sepanjang hari penuh aktivit sbb pagi sekolah, petang KAFA.

Tuesday, July 15, 2008

NO TOPIC

Lately ni bz sikit .. wat preparation my bos nk kursus 2 minggu .. hip hip hurrrayyy eeekekekee.. banyak nk update tp cam malas nk recall balik ..
weekend tempohari balik kg. Sessi makan2 durian lagi. Tapi tk snap gamba ar. Malam tadi tingin nk makan kopek sebiji. Nasib baik tk panas badan.
ehhh nanti later story2 lagi ok... now nk sambung balik my work.. daaaaa

Tuesday, July 08, 2008

CUTI

Oh hari ni mandom jerk... keje sumer selesai sudah. Smalam cuti tp cuti bermakna. Full dari pagi sampai ke petang. Pagi tu keluar ngan adik soping barang untuk keperluan diri di alamanda. Bergegas pegi pagi2 sbb nk rush kol 1.00 petang nk ambil abang kat skool. Settle bab pagi.
Petang pegi klinik. Wat check up sikit. Plan dh lama nk pegi tp asyikla pending2 jerk. Bila cuti ni la boleh buat. See sgt full ok.. bukan cuti soka2 . Tapi cam tk cukup la cuti sehari. heheheh tkpe bulan depan boleh apply lagi..

DESA WATERPARK

Sabtu, pegi mandi-manda tempat biasa. Plan nk mandi kat tmpat lain tp takut cuaca tk mengizinkan so pegi yang dekat jerk.


Tengah syok mandi manda skali abang datang ngan mulut berdarah-darah. Giginya cabut lagik. Dalam tempoh seminggu 2 kali gigi dia tercabut. hehehehe kesian + klakar pun ye gak. Marah betul dia tingok ako gelakkan..masa tu sumer dok tingok ingtk teruk ke hapa.. tp sebenarnya gigi dia tu mmg dh goyang.. tunggu masa je.. tu yang senang tercabut.



Mandi dari kol 9.30 pagi sampai la 2.00 petang. Hasilnya sumer kena sunburn. hitam berkilat. hiks. Selalunya klu pegi sini abang la paling susah sekali nk balik banding ngan adik .. tp bila cakap malam nk pegi shopping...cargassss!!



HAPPY BIRTHDAY 2 U!

4 Julai .. sambut birthday hubby tp tk celebrate mana pun. Suprise belikan kek saje. Sempoi...Malam tu dinner kat kg ramai2 ngan adik badik dia. Plan awal nk suprisekan siap tutup lampu bagai.. skali tk jadi heheheheh... abang la ni ngan adik.. hancus plan ekekekeke....

Thursday, July 03, 2008

BZ BZ BZ

Sangat bz sampai tak sempat nk update. Nak citer pasal apa ye... tkde topic la. Tp nk update, caner tu. Tadi sempat larik jap cari card bufday utk seseorang yg akan menyambut hari lahir esok. Hadiah lom sempat beli tp empunya diri dh ada benda yg dia nk so senang kerja. Cuti baru pergi carik. Malam ni leh suh abang ngan adik tulis kat atas kad itu. Mesti penuh satu card diorang dok tala tulis macam2 dlm tu. Tkpe la janji orang tu soka!

Tuesday, July 01, 2008

DURIAN OH DURIAN

Petang Ahad.. lepas jalan2 cari makan, balik kg Dengkil. Ada sessi makan2 durian kat dusun (tkdela besar sgt tp boleh la, seperti dalam gamba) pak cik hubby. Convoy ngan kakak ipar i. Masa tu hujan maha lebat. Syok lak pekena kopi ngan bubur durian. Melantak la masing2 sampai kembung perut makan durian. Mula2 family kitaorang jerk pastu makin ramai lak sedara yang datang. Meriah! Best makan durian, nak2 lagi lepas jatuh dari pokok kan. Sangat lazat gitu! Dalam gamba tk nmpak banyak durian kan, masa ni kitaorang sampai dulu tu yg nmpak sikit duriannya bila dh ramai segan lak nk tngkap gamba banyak2. hiks