Thursday, May 29, 2008

KERJA

Sepatutnya ako cuti arini. Tapi tukar esok ngan hari Isnin. Sbb apa tau. Bos ako pun cuti gak arini ngan esok. Rugi plak cuti sama timing ngan bos, so decide cam tadi tu. Tapi skang ni dia ada dalam bilik sekejap nk siapkan keje2 urgent. Skang ni ako agak senang sikit sbb my bos dh decide utk letakkan PA tetap bagi menggantikan tempat ako sekiranya ako cuti/kursus. Kat ofis ako ni ada 4 lagi PA tp sumernya pool. So klu ako tkde salah seorang akan ganti tempat ako. Jadi nk menyenangkan dan mengelakkan misscommunication seeloknya buat cmtuhla. Klu dh ramai2 takut nanti maklumat tu tk smpai dan adakalanya tk betul bila nk inform pada my bos.

Arini tk banyak keje. Sumer dh settle. Kemas sikit2 my workstation sebelum bercuti panjang. Erm.. cuti tk pegi mana2 pun rasanya balik kampung je la. Anak2 ako sumer dh ada sana. Gembira la diorang. Tapi ako la sunyi di sini.


Wednesday, May 28, 2008

Check Up

Wah gila lama tk update... actually tk banyak citer menarik sepanjang minggu lepas dan minggu ni. Erm.. smalam bw abang pegi checkup kat hospital putrajaya. Appoinment kol 9:50 pagi, masuk opis settle kan apa yg patut pastu kol 9.00 pagi baru gerak. Hangkut sumer yg ada dalam umah (mak, adik ako). Senang breakfast je kat cafe spital tu kan. Tk lama mana pun tunggu sbb dh ada appoinment kan. Tp yg buat lama sbb tunggu keputusan x-ray. Ingatkan pergi checkup smalam dh boleh buka simen, tp belum boleh pulak. Tunggu betul2 dh ok baru buka. Next appoinment 17.6.2008. Huhuhuh lama lg. Nampaknya masuk skolah dengan tangan bersimen lagi le jawabnya. Pastu pikir2 nk tukar simen lg sekali, bukan apa nanti nk kena tunggu lg 2 minggu lebih baru boleh bukak jadi utk mengelakkan rasa gatal2 nk simen la lg sekali. Tapiiiiii yang abang dh kasi ako hanginnnnn sbbbbb dia leh melalak kat situ tkmo bukak dan simen skali lg. Bukan sikit2 menangis meraung kooo ... anak sapaa la tu.. last2 balik cmtuh je malas nk tunggu2 lg dah. Gasak ko la bang. Pasni jgn sibuk kata tangan gatal2. Pasni ako suh je laki ako bawak. Ibu tk koserrrr dh. Gamba-gamba kat bawah mmg tkde kena mengena ngan citer ako cumanya tingokla lagak dan gaya persis cam berani tapi bila jumpa doktor heheheh hati jadi kecik. Alahai anakku !


Wednesday, May 21, 2008

OH ABANG




Selalu tingok anak2 orang patah tangan mesti kena simen bagaikan. Sekali kena batang hidung sendiri, baru rasa caner. Huhuhuhu intro dulu. Petang sabtu tu jugak we alls anak beranak p la ke playground yang berdekatan ngan umah kan. Ako macam biasa la klu pergi taman ni pemalas sikit nk berjalan/berjoging, jadinya duduk la di kerusi melihat anak2 bermain sambil dilayani oleh bapaknya. Lepas main buaian nk main panjat2 pulakk.. Kat sini la nk dijadikan cerita. Si abang ni dh coba2 memanjat mainan yang ada tempat bergayut. Agak tinggi jugak. Sekali dua coba .. lepas.. sbb ayah nya tolong pegang kaki. Tinggi jugak tau. Kali ke3 ntah caner dia panjat sendiri, tk sempat nk pegang ke apa tiba2 terjatuh ke bawah. Yang jatuh dulu tangannya sbb dh menjunam ke bawah nk menahan badan la kononnya. Apa lagi meraung la member. Ingatkan sikit je. Tapi dia punya menangis tk renti2 tau. Huhuhuh cuak ok. Pastu kitaorang pun pergi la kg yg berdekatan, p urut sikit tangan dia. Tp sakit jugak, last choice pegi la jugak spital kann, masuk kat kecemasan. Nasib baik la tkde kes2 yg teruk, makanya cepatla sikit proses nk jumpa doktor dan X-ray bagai. Bila X-ray alhamdulillah tk patah cuma retak kat siku dan bahu. Tu pun abis sumer2 siap simen dh jam 2:00 pagi. Gamba2 kat spital tk sempat nk snap sebab dh kalut sumer lupa.
Syafiq, syafiq... dh la minggu ni start exam pertengahan tahun.. nmpak gaya kena repeat paper lerrr. Cepat sembuh ye abang! Gamba paling atas tu adik membawa dirik sbb ibunya tk layan. Kena layan abang lebih sbb abang sakit. Tp adik apa kisahh. dia memang leh bawa diri sbb dia manja ngan ayah dia, abang je terlebih manja ngan ibu.


MEWARNA


Gila lama tk update. Bz ok. Cuti2 arituh tk plan ke mana2. Lagi pun hubby keje. So hari sabtu pagi tu ako bawa anak2 ke Alamanda. Si adik sibuk nk masuk peraduan mewarna kat McD. Actually benda ni anjuran tadika dia. So beria2 sgt nk masuk. Jam 11:00 pagi stat sudah peraduan mewarna smpai jam 12:00 tengahari. Mentara dia tengok syok mewarna tu kan ako ngan abang dia p la menjelajah Carefour utk soping sikit benda2 yang patut. Alah barang makanan je pun. Dh abis mewarna ada persembahan badut la pulak kan. Pukul rata habis sumer tu jam 2:00 petang.
Hari tu pun ako sebenarnya lupa bawa kamera. Cuma guna kamera henfon tp tk berapa cantik. Makanya gamba2 ni adalah belas ehsan member ako yang pergi sama.

Wednesday, May 14, 2008

MY LIFE

Tak tau nk letak tajuk apa. Arini tk banyak keje sgt. Update diary bos sajork. Cuma ada beberapa benda nk kena discuss ngan my bos lepas dia balik dr meeting. So utk arini life cam biasa jugak. Lunch tiap2 hari kena rush balik umah. Siapkan syafiq. Pastu bergegas balik opis. Huhuhuhuh, klu sorang2 mau lembikkk. So rotate la ngan hubby. Tak sabar lak nk tunggu cuti skool. Bukan apa time2 cuti ni la senang sikit tk banyk nk bergerak. Tapi still tengah pikir2 nk anta kat mana budak2 ni ek time2 cuti sekolah ni? Klu ada green light leh la post ke kg jerk. Akan dipikir lagi dan lagi.

TAKZIAH

dedicated to my fren .. Ayu. Semoga dia tabah menghadapi dugaan yang maha hebat ini. Ako tau ko kuat Ayu. Bersabar ye. Ako doakan yang terbaik buat ko lepas ni. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

Monday, May 12, 2008

RUMAH


Balik dari PD smalam sempat jenguk kejap progress umah di ?.. heheheh ada la.. Tahun 2009 akan siap sepenuhnya. Klu siap pun kita tk duduk sini. Lama lagi kot nk stay permanently. So buat umah transit je lorr klu balik kg. Senang tengah2.

BALIK KAMPUNG

Story hujung minggu pulak. Minggu lepas mak kita datang umah. Saje jenjalan. Bawa adik-adik kita skali. Dalam gamba ni adik kita yang bongsu skali. Umur 9 tahun. Erm, selalunya klu mak kita datang sini kita bawa pergi jenjalan kat Alamanda, taman2 yang ada kat sini atau pegi makan2. oh ya .. kamdar dh bukak kat sini tau. Jadi hujung minggu tu pegi la for the first time. Sesat ok! hehehe, tp sebenarnya senang je nk pegi sana cumanya kedai dia akan terkebelakang sedikit. Okla klu nk tempah langsir pun ada disediakan. Next time akan pegi lagi.
Time ni tengah siap2 nk hanta mak balik kampung balik. Dekat je kat PD. So Tingok je la gamba2 yang sempat kita snap.




KURSUS



Minggu lepas tk banyak yang dapat kita update. Pergi kursus di KL. Mana yang boleh recall kita citer la ek. Mengenai kursus yang kita hadir ni tajuk dia "Kemahiran Penulisan dan Panduan Persuratan". Okla utk refresh balik mana2 part yg dh lupa sbb masa study dulu mmg dh belajar benda ni. Fasilitator daripada UiTM.

Kursus ni sebenarnya ada 20 orang kesemuanya. Tapi last minit ramai yang tk datang jadinya cuma ada 10 orang je. Tapi best jugak kursus tk ramai ni. Fasilitator buleh la beri sepenuh perhatian kat anak2 muridnya.

Friday, May 09, 2008

HOMEWORK

Camnila tiap2 malam bila waktu persekolahan. Mesti kena cek homework syafiq, kadang2 klu rajin dia bukak sendiri buat, klu dh leka main je kena la sound kan. Klu ayah dia ada takut sikit. Alamak still tk pandai lagi la nk main2 susun atur gambar ngan cerita. Tkpe kita pelan2 ok.


Tingokla tu dh besar pun minum susu botol bagai. Selimut busuk pun tk tinggal. Dh reput selimut tu, tp mmg dari baby dia dok kendong je "baby" dia tu. Klu tkde mesti meraung punya la.
Tingok tu, buku otomen tetapppppppp ada.


Tuesday, May 06, 2008

BED DAH KAHWIN

Entry dh lama. Tp baru nk update. Untuk sapa yang kenal adik ako ni yg no. 2 dalam my family. Husband dia org nogori gak. Orang Mambau. Adik ako yang no.3 tu pun dh kawin dulu dari dia dpt orang nogori gak. Akak nya saja dapat orang jauh cikit.. hiks. Berbalik pasal kenduri perkahwinan adik ako yg no.2 ni, nikah pada 6 April 2008. So tingok la gamba2 yang ado ni, tu pun yg belah umah lelaki sbb yang kt umah pompuan masa tu ako tk sempat nk capture gamba, maklum la kakak perantin, sibukkk sikit. Kenduri belah umah pengantin lelaki dibuat serentak sekali ngan abang dia. Jimat kos katanya. Bukan apa senang buat sekali jalan, penat pun skali harung je.. heheheheh
Tp sangat la kesian kat adik ako. Masa kenduri belah umah perempuan (umah ako ler), dh petang masa tu baru dia perasan henpon dia dh hilang. Cuba call ada deringan tp tk berjawab. Cuba lg skali dh dimatikan henpon tu. Erm dh tkde rezeki, sabar je la.


Apa-apa pun majlis dh selesai. Orang paling lega skali tentulah mak ako. Tak tido malam dibuatnya. Selagi benda tk sudah. Jadinya untuk adik beradik perempuan ako sumer dh selamat tinggal yang bawah adik-adik lelaki ako je yang tinggal.

SEMALAM YANG MENDEBARKAN

Huhuhuhuh ... mmg mendebarkan


petang smalam sekitar jam 5.00 ptg .. tengah siap2 nk balik ako menerima satu panggilan tpon dari BPPSM .. minta ako datang ke sana sebelum jam 5.15 ptg .. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, XXX nk jumpa ... huhuhuhu cuak okkkk .. ako buat salahkah?.. ishh sepanjang jalan jantung ku bagai nk gugur ....sampai ke destinasi yang dituju ako tanya pegawai yang telefon tu .. dia kata Dato' nk interview sorang2 sebab nk gantikan sementara tempat PA Tan Sri KSN .... pendekkan citer .. ako tk dipilih walaupun klu ikutkan seniority akan dapat sbb ako minta excuse dari Dato'... klu difikirkan rugi tk ambil peluang itu tp disebabkan komitmen lain terpaksa ako tolak ... itu lebih baik... dan pagi ni ako citer kat my boss .. di gelak je .. siap perli lg tu .. hehehehhe .. tkpe la boss .. jaga boss lg senang tau .. hehhhee

Monday, May 05, 2008

GENTING HIGHLANDS





Try untuk upload gambar pula
Gambar lama etc.. sekitar bulan Februari


NO TITLE

First time belajar2 tulis blog
harap2 empunya diri pun rajin update blog!